Tentang Kami

PENGENALAN

NRZ TRADING (IPO192972-T ) merupakan syarikat pengeluar dan pembekal bagi roti burger, roti arab,roti pita, roti sosej, roti oblong ,roti john, roti benggali & aneka bun manis berjenama NRZ yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. NRZ TRADING memulakan operasinya di Lot B8, dan kini telah bertukar di Lot C1 Kawasan Industri Mara(KM),Bt 7 ½ Jalan Tambun, 31150 Ulu Kinta, Perak. NRZ TRADING telah menjadi usahawan bawah bimbingan MARA dan MARDI sejak awal penubuhan syarikat.

Sejarah Penubuhan

NRZ TRADING (IPO192972-T ) adalah bermula secara rasminya pada 06 Jun 2003 dengan nama  Norzan Bakeri & Kek dan telah beroperasi
sejak lebih 16 tahun lalu sebelum menukar nama kepada NRZ TRADING.

NRZ TRADING (IPO192972-T) diterajui oleh dua orang peneraju utama yang bertindak sebagai Pengurus Urusan & Pengurus Eksekutif iaitu En Azizan Bin Shaari dan Puan Norhasimah Binti Abdul Karim yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi dan pentadbiran syarikat yang kini di uruskan sepenuhnya oleh Pengurus Operasi dan Pemasaran iaitu Cik Norhafizah Binti Azizan. Sehinggga kini pasaran syarikat telah merangkumi seluruh negeri Perak dan akan meluaskan pasarannya ke seluruh Utara dalam masa terdekat ini.

Pemilik juga telah menyertai kursus asas pembuatan asas bakeri yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri meliputi pastri & roti. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisien.

ANTARA PRODUK KELUARAN NRZ TRADING

Roti burger, roti arab,roti pita, roti sosej, roti oblong ,roti john, roti benggali & aneka bun manis

RESEPI

Klik butang lihat resepi untuk melihat aneka cadangan resepi berasaskan produk dari NRZ TRADING